
Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi
AMK, BCK
Assalamualaikum.....
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sungai Petani dapat disempurnakan. Selain untuk mencapai visi dan misi organisasi, Pelan Strategik merupakan dokumen yang penting serta menjadi panduan untuk mencapai kecemerlangan tadbir urus Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Bandar Sungai Petani yang merupakan Pusat Separa Wilayah tentunya menghadapi cabaran yang hebat dengan agenda pembangunan yang pesat. Harapan saya dengan adanya Pelan Strategik ini semua tindakan dan keputusan akan menjadi lebih tepat dan terancang. Kualiti kehidupan penduduk akan terjamin dan faedah pembangunan akan dinikmati secara saksama.
Pelan Strategik ini juga mengambilkira tentang program transformasi kerajaan dan menitik beratkan kesejahteraan rakyat. Majlis akan berusaha penuh gigih, dedikasi dan amanah untuk mencapai ‘Transformasi Untuk Kesejahteraan’ kepada semua.
Demi merintis masa depan yang penuh gemilang, saya amat berharap agar semua pihak bersama-sama berusaha dengan penuh iltizam bagi mencapai matlamat Pelan Strategik ini melalui tindakan pelaksanaan yang cekap dan berkesan.
ROZAINA BT. DATO’ PADUKA HJ. RADZI
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani