Apakah Kelebihan CCC Kepada Pemilik Bangunan
Peningkatan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan urusan pembinaan menerusi pengenalan sistem CCC tidak sahaja akan memberi kelebihan kepada para pelabur dan pemaju tetapi juga kepada pihak pembeli dan pemilik bangunan.
Dengan pelaksanaan sistem perakuan baru ini, perakuan CCC boleh dikeluarkan serentak atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan Kosong (Notice of Vacant Possession). Ini akan menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan serta mengatasi masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.