
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
Projek | : | Kerja-Kerja Senggaraan dan Pembaikan Lampu Jalan Pada Kawalan Feeder Pillar (3) Di Jalan Susur 3/3 Zon Cempaka, Bandar Amanjaya, Sungai Petani Kedah. |
| | |
Taklimat Tapak | : | DIWAJIBKAN |
| | |
Harga Dokumen | : | RM 10.00 senaskah (tunai) |
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Kewangan) mulai 13/03/2011 pada hari dan waktu seperti berikut :-
Ahad - Rabu | : | 8.15 pagi - 12.15 tengah hari |
| : | 2.15 petang - 4.45 petang |
| | |
Khamis | : | 8.15 pagi - 12.15 tengah hari |
| : | 2.15 petang - 3.15 petang |
Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Tarikh tutup sebutharga ialah 20/03/2011 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat :-
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani,
Kompleks SP Plaza,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.