MEDANG TEJA @ KAYU MANIS HUTAN
Medang Teja atau dikenali juga dengan nama Kayu Manis Hutan adalah pokok rasmi Bandar Sungai Petani. Pokok yang nama saintifiknya 'Cinnamomum Iners' ini merupakan pokok malar hijau. Pertumbuhannya cepat, 15 - 20 meter tinggi dengan silara yang hampir bulat. Daunnya berwarna hijau kebiruan. Ia mengeluarkan pucuk muda di penghujuang musim hujan kebiruan. Ia mengeluarkan pucuk muda di penghujung musim hujan yang diikuti musim kemarau. Silara kelihatan cantik dengan pucuk muda yang berwarna kemerahan, hijau pucat sebelum bertukar menjadi hijau apabila matang. Buahnya berwarna hijau, mempunyai bintik-bintik kecil dan menjadi kehitaman apabila ranum. Ia popular sebagai pokok teduhan dan hiasan pinggir jalan, kawasan taman, halaman rumah, sekitar bangunan, teduhan tempat letak kereta dan penghadang.