Bahasa Malaysia |English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Carian
Objektif & Fungsi

Objektif

  • Mengemaskini Undang-Undang Kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal dan membuat pindaan sekiranya perlu.
  • Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
  • Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej jabatan.
  • Memastikan pegawai-pegawai penguatkuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
  • Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

 Fungsi Umum

  • Perkhidmatan Berkualiti
  • Kawalan Aktiviti Perniagaan
  • Projek Infrastruktur Perbandaran
  • Perancangan Perbandaran
  • Penyediaan Kemudahan Sosial & Rekreasi
  • Kualiti Penduduk Terhadap Kesihatan Kebersihan & Alam Sekitar

Fungsi-fungsi MPSPK

  1. Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan
  • Pengurusan sisa pepejal
  • Pembersihan dan pengindahan kawasan
  • Penyelenggaraan parit dan longkang
  • Penyelenggaraan bangunan-bangunan awam
  • Penyelenggaraan tempat-tempat awam
  • Perundingan dan pengawalan kesihatan awam
  1. Mengurus dan mengawal segala hasil, cukai dan peruntukan yang diterima
  • Cukai taksiran
  • Bayaran lesen dan denda
  • Geran tahunan
  • Geran untuk projek-projek pembangunan
  • Geran penyelenggaraan jalan
  • Caruman bantu kadar
  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan di peringkat tempatan
  • Kemudahan-kemudahan rekreasi
  • Infrastruktur bandaran
  1. Memainkan peranan sebagai pihak berkuasa perancangan tempatan bagi kawasan pentadbirannya.
  1. Mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan majlis.
  1. Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa negeri.
  1. Sebagai badan kawal selia dalam pelaksanaan pembinaan sesuatu kemajuan.
  • Meluluskan pelan bangunan.
  • Memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  • Memastikan pembinaan bangunan mengikut pelan yang diluluskan.
  • Memastikan penggunaan sesuatu bangunan mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan sijil layak menduduki (CFO).