Bahasa Malaysia |English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Carian
Local Agenda 21

Agenda 21 Local Agenda 21(LA21)

Agenda 21 merupakan satu pelan Tindakan Global ke Arah pembangunan Mampan untuk abad ke 21.Ia di hasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang di hadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia.Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu di laksanakan ke arah pembangunan mampan.

Local Agenda 21(LA21)

Bab ke 28 Agenda 21 menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang di laksanakan di peringkat tempatan. Local Agenda 21(LA21)merupakan suatu program yang menekankan penglibatan 3 pihak,iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Pembangunan Mampan

Definisi pembangunan mampan” pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga”(Sumber:World Commission On Environmental & Development,1987).

Ciri- ciri Pembangunan Mampan:

Alam sekitar: Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibatkegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Kesaksamaan sosial: Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.

Ekonomi wajar: Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.

•  Masa hadapan: Memastikan bahawa keputusan yang di ambil kira tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi masa depan.

•  Penyertaan: Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.

Tindakan tempatan/impak global: Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global.

Halaman: 1  2  3  4  5