SEWAAN POKOK HIASAN
Kriteria permohonan sewaan pokok hiasan
Permohonan yang tidak dikenakan caj
Permohonan untuk acara rasmi kerajaan yang dihadiri Pembesar peringkat Negeri dan Persekutuan yang diselaras melalui Pejabat Daerah / arahan YDP / SU
Permohonan daripada pegawai dan kakitangan untuk perkahwinan diri sendiri sahaja
Permohonan yang dikenakan caj
Permohonan daripada pihak swasta
Permohonan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Politik
Permohonan daripada orang awam
BIL. | KATEGORI POKOK HIASAN | KUANTITI | KADAR |
1. | Pengangkutan untuk penghantaran dan pengambilan (kurang 20 km) dan (lebih 20 km) | 1 trip | RM 15.00 RM 30.00 |
2. | Pasu besar | 1 unit | RM 3.00 |
3. | Pasu sederhana | 1 unit | RM 2.00 |
4. | Pasu kecil | 1 unit | RM 1.00 |
5. | Polybag | 1 unit | RM 0.50 |
Syarat-Syarat Permohonan
Sebarang permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh / acara akan berlangsung
Setiap permohonan yang diluluskan dikenakan bayaran mengikut permohonan
Bagi permohonan yang dikenakan caj bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran dibuat melalui bayaran tunai atau cek atas nama Yang Dipertua MPSPK dan resit pembayaran yang dikenakan