FUNGSI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
Mengawalselia kesempurnaan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan berstrata dalam kawasan pihak berkuasa tempatan
Menyelaras aduan dan pertikaian yang timbul antara pembeli / pemilik / petak / pemaju / JMB / MC / pihak pengurusan bangunan berstrata
Menguatkuasakan dan mentadbir peruntukan undang – undang di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) serta Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
Mewujudkan dan menyelenggara pengkalan data berkaitan dengan bangunan berstrata dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan
Akta Dan Pekeliling Berkaitan Dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pegurusan) 2007
(Akta 663)
- Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
- Akta Pemajuan Perumahan (Kawakan dan Pelesenan) 1989 (Akta 118)
- Pekeliling Ketua Setiausaha, KPKT Bil. 3 Tahun 2009 :
Garis Panduan Penyidaian Kain di Kediaman Berbilang Tingkat
Strategi Bahagian COB JPN
Jangkamasa Pendek | Jangka Sederhana | Jangka Panjang |
1.Menguatkuasakan peruntukan undang- undang di bawah Akta 663. | 1.Mengkaji keberkesanan pelaksanaan Akta 663 | 1.Memastikan semua bangunan berstrata telah mempunyai JMB atau MC. |
| 2. Memantau aktiviti pelaksanaan Akta 663 di PBT | 2. Menambahbaikan Peraturan, Garis Panduan dan Akta 663. | 2. Memastikan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dilaksanakan dengan sempurna. |
| 3. Peningkatan kompetensi pegawai dan kakitangan unit COB | | |