Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan sebelum proses pelan bangunan
Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan
Seksyen 19(1) Akta 172 memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun, lain daripada Pihak Berkuasa Tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan / pembangunan
Merancang pembangunan dalam kawasan Majlis
Rancangan Struktur - Seksyen 7-11, Akta 172
Penerangan dasar dan cadangan strategik negeri
Kesinambungan cadangan dari segi penggunaan tanah
Telah diwartakan dan digunapakai
Rancangan Tempatan - Seksyen 12-16, Akta 172
Mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan perlaksanaan
Jelaskan cadangan PBT untuk pemajuan
Telah diwartakan dan digunapakai
Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda
Mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan perlaksanaan
Keperluan RTD :-
Pembangunan daerah yang begitu pesat
Penyelarasan dasar selaras dengan perubahan dasar pembangunan negeri
Rancangan Khas Kawasan Kota Kuala Muda
Satu rancangan pemajuan yang mengandungi pelan tindakan pembangunan dalam bentuk pelan susunatur atau pelan pengurusan atau kedua-duanya sekali
Disokong oleh spesifikasi program perlaksanaan yang mengandungi fasa, kos, agensi dan pendekatan perlaksanaan