HELANG LAUT
Helang Laut adalah burung yang telah dipilih sebagai burung rasmi Bandar Sungai Petani. Ia merupakan spesis temapatan yang hidup di pinggir pantai dan sungai air masin. Makanannya adalah anak-anak ikan yang timbul di permukaan air dan anak ayam. Kebiasaanya ia membuat sarang di pokok-pokok bakau dan pokok api-api. Bulu di kepala dan dadanya berwarna putih bersih, sementara bahagian badan dan ekornya yang berwarna coklat keemasan kelihatan amat cantik di dalam pancaran matahari. Terdapat beberapa ekor burung Helang Laut yang ditempatkan di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Nama saintifik bagi Helang Laut ialah 'Sea Eagle'.