
BUNGA KERTAS
Bunga Kertas atau Bougainvillea mendapat namanya dari seorang Komamdon Laut Perancis, Louis Antoine de Bougainvolle yang telah menjelajah seluruh dunia. Kali pertama beliau dan pasukannya melihat bunga kertas ialah di pantai Amerika Selatan, iaitu tempat asal bunga kertas.
Bunga Kertas berasal dari keluarga berasal dari keluarga Nyctaginaceae yang mempunyai 28 genera dan 250 spesis, semuanya terdapat di kawasan tropika. Satu sifat yang menarik ialah bunga sebenarnya kecil dan berwarna putih-kuning tetapi "bract" yang disambung dengan bunga adalah besar dan berwarna-warni dan biasanya disangkakan sebagai ranggi.
Pokok bunga kertas sejenis pokok tropika yang sangat digemari untuk taman bunga, kebun bunga dan landskap di lain-lain kawasan kerana bunganya berwarna-warni dan berkembang sepanjang tahun dalam situasi optimal. Biasanya pada masa berbunga kebanyakan daunnya luruh dan hanya meninggalkan bunga-bunga yang kelihatan cantik dan menarik. Pokok tersebut boleh juga ditanam sebagai pokok renik yang lain dalam pasu bunga, kotak atau bekas-bekas lain.
Keperluan persekitaran yang optimal untuk pokok bunga kertas ialah cahaya matahari yang penuh tanpa naungan. Ada juga berfaedah sekiranya tanah di keliling pokok dibiarkan kering sebelum air disiram penuh setiap hari untuk menggalakan pembangunan yang cepat. Di kawasan tropika pokok Bougainville boleh tumbuh dari paras laut sehingga 1500 meter.
Pokok bunga kertas kurang tahan dengan tanah yang selalu basah kerana keadaan demikian akan menyebabkan daun menjadi kuning, gugur dan kurang berbunga. Pada musim kemarau bunga akan keluar dengan banyak. Ia menyebabkan bunga kertas sesuai untuk ditanam di negeri-negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia, khasnya Negeri Kedah Darul Aman. Musim kemarau yang panjang antara bulan Disember sehingga bulan Mac adalah sesuai untuk pembangunan serentak pada keseluruhan negeri - satu pemandangan istimewa di musim kemarau. Berbagai jenis bunga kertas boleh dicantumkan pada satu pokok supaya lebih berwarna-warni dan menarik. Teknik ini sangat digemari oleh peminat dan kebun komersial.