MENU

PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  a) Warganegara Malaysia;
  b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  c) i)

Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM 1,510.92); atau

    ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM 1,510.92); atau
    iii) Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM 1,776.08); atau
    iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM 2,001.68).
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.