MENU
B.     SYARAT LANTIKAN

 

PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W36
(TERBUKA KEPADA CALON YANG MEMEGANG JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W32 SAHAJA)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  a) Warganegara Malaysia;
  b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  c) i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
3. Had umur pelantikan :
  a) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  b) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  c) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
4. Penolong Pegawai Penilaian Gred W32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W36 yang kosong apabila telah :
  a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  b) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.