MENU

LAWATAN PUAN SETIAUSAHA DAN AHLI-AHLI MAJLIS MPSPK

Satu lawatan oleh Puan Setiausaha, Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK dan Ahli-Ahli Majlis MPSPK telah dijalankan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 6 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat :
1. YHL TRADING KEDAH
2. NANWANG PACK
3. HWA FONG PLASTIC

Turut menyertai lawatan tersebut adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Tuan Haji Ayob bin Din dan Bahagian Pelesenan Puan Nurul Shafiza binti Hassan. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan jenis perniagaan yang dijalankan adalah mengikut ketetapan yang dibenarkan.