MENU

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN TAIPING 2019​

MPSPK menerima lawatan kerja dari Majlis Perbandaran Taiping bagi memahami serta mempelajari sistem pengurusan Aset yang dilaksanakan di MPSPK seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Julai 2019 ( Isnin )
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2 Aras 5, Menara MPSPK Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Puan Hajah Noorlaila Binti Bakir dibantu oleh Cik Natasya Binti Ismail selaku Pegawai Aset MPSPK serta kakitangan jabatan dalaman telah memberikan taklimat serta tunjuk ajar kepada 9 orang pegawai dari Majlis Perbandaran Taiping yang diketuai oleh Puan Norashikin Binti Tuilah, Pengarah Kewangan dan Tuan Haji Yussrizan Bin Jamaluddin Pegawai Aset Majlis Perbandaran Taiping.

Terima kasih atas kesudian menjadikan MPSPK sebagai 'benchmark'. Semoga perhubungan kerjasama sentiasa dieratkan.