PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
1. | Memastikan tempahan percetakan dalaman disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja |
2. | Menguruskan edaran surat-surat luaran yang lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja |
3. | Menguruskan tuntutan bayaran perubatan yang lengkap (berdasarkan Pekeliling Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bilangan 21/2009 dalam tempoh (3) hari bekerja |
4. | Memastikan kakitangan menghadiri kursus / latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun |
5. | Mengeluarkan Surat Pengesahan Perubatan (Guarantee Letter) dalam tempoh satu (1) hari bekerja |
6. | Memaklumkan keputusan temuduga pada calon selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh temuduga |
7. | Mengurus, menyedia serta mengemaskini rekod-rekod buku perkhidmatan dari tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh menerima perubahan yang lengkap |
8. | Hari Bertemu Pelanggan dalaman diadakan satu (1) kali setahun |